Kelajuan enjin Enjin_diesel

Enjin diesel berkelajuan rendah marin 2 lejang, 5 silinder MAN B&W 5S50MC. Enjin sebegini digunakan pada kapal pembawa bahan kimia seberat 29,000 tan metrik.

Enjin diesel turut dikategorikan mengikut kelajuan enjin seperti berikut:-

  • Kelajuan tinggi (1,800 rpm ke atas) - digunakan pada lori, bas, kereta, traktor, pam serta penjana elektrik kecil. Setakat 2008, kebanyakan enjin diesel kelajuan tinggi menggunakan suntikan tidak terus, walaupun enjin-enjin yang lebih baru dan lebih moden mula menggunakan enjin suntikan terus rel sepunya.
  • Kelajuan sederhana (300 ~ 1,800 rpm) - digunakan pada stesen penjana elektrik, kapal serta lokomotif kereta api. Ia menggunakan sama ada minyak diesel ataupun minyak bahan api jenis berat, yang perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Setakat 2007, enjin kelajuan sederhana terbesar menghasilkan keluaran kuasa lebih kurang 22,400 kW (30,000 bhp). serta dibekalkan oleh syarikat seperti MAN B&W, Wartsila,[6] dan Rolls-Royce (mengambil alih Ulstein Bergen Diesel pada tahun 1999). Enjin kelajuan sederhana dikeluarkan sama ada dalam bentuk 2 lejang atau 4 lejang.
  • Kelajuan rendah (60 ~ 300 rpm) - digunakan pada kapal besar. Ia dibina dalam bentuk 2 lejang sahaja dan menggunakan minyak bahan api jenis berat yang perlu dipanaskan dahulu sebelum digunakan. Setakat 2007, enjin 4 silinder sebaris Wärtsilä-Sulzer 14RTFLEX96-C 2 lejang diesel turbo yang dikeluarkan oleh pemegang lesen Wärtsilä, Doosan di Korea Selatan adalah enjin diesel paling berkuasa dalam perkhidmatan, dengan lubang silinder sebesar 960 mm, menghasilkan keluaran kuasa setinggi 84.42 MW (114,800 bhp). Ia mula digunakan pada September 2006, dipasang pada kapal kontena terbesar di dunia iaitu Emma Mærsk, dimiliki oleh A.P. Moller-Maersk Group.

Rujukan

WikiPedia: Enjin_diesel http://www.denso.com.au/products/aftermarket_autom... http://www.tc.gc.ca/programs/environment/etv/vgt-e... http://www.analog.com/en/technical-library/faqs/de... http://www.autobloggreen.com/2007/08/26/abg-tech-a... http://www.dieseltechniciantraining.com/natef-dies... http://www.factsaboutscr.com http://www.greencarcongress.com/2008/02/european-a... http://auto.howstuffworks.com/diesel.htm http://www.marineenginedigest.com/ http://openticle.com/mechanical-science-handbook/d...